4/2/16

Jawatan Kosong

Date: January 30th 2015

WARGANEGARA MALAYSIA SAHAJA

1. PENJAGA BERUANG – 1 Kekosongan

Penerangan Tatakerja Penjaga Beruang

Penjaga beruang memainkan peranan yang penting di dalam memastikan BSBCC mencapai misi penubuhannya.

Mewujudkan kapasiti untuk menyelamat, memulihara dan memberi peluang kepada anak beruang dan bekas beruang yang pernah berada di dalam peliharaan manusia untuk kembali ke hutan dan menyediakan persekitaran kitar hidup yang sepatutnya bagi beruang yang tidak dapat di lepaskan ke alam kehidupan semula jadi.

Jika anda seorang yang mencintai haiwan dan berminat untuk bertemu dengan orang yang mempunyai minat dan kecenderungan yang sama seperti anda dan proaktif, ini mungkin merupakan apa yang anda cari:

Untuk menjadi penjaga beruang, anda mestilah sentiasa yakin dan bersabar setiap masa, dan bertanggungjawab untuk menjaga kebajikan semua beruang yang ada di BSBCC. Seorang penjaga beruang harus mematuhi setiap perincian arahan yang di buat bagi setiap ekor beruang.

Keperluan untuk menjadi penjaga beruang di BSBCC adalah seperti berikut:
  1. Menyukai haiwan dan mempunyai semangat di dalam hal kebajikan haiwan,
  2. Warganegara tempatan / memiliki Mykad,
  3. Minimum SPM dengan keputusan kredit di dalam Bahasa Inggeris,
  4. Mempunyai lesen memandu yang sah (kelas D),
  5. Boleh bekerja di dalam hutan,
  6. Boleh bekerja pada hujung minggu dan di luar masa bekerja bila di perlukan,
  7. Boleh bekerja dengan pengawasan yang minima dan dalam pasukan, dan
  8. Bekerja mengikut jadual yang di tetapkan oleh penyelia.
Skop kerja bagi penjaga beruang adalah seperti berikut:
  1. Membersihkan kawasan tempat peninggalan, ruang hutan lepasan beruang.
  2. Penyediaan makanan beruang,
  3. Membuat/menyediakan mainan pengkayaan bagi beruang,
  4. Membuat pemantauan keadaan beruang agar tidak jatuh sakit atau cedera,
  5. Membuat pemerhatian ke atas perangai beruang, merekod dan membuat laporan, dan
  6. Menyelia dan melatih sukarelawan (mampu berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris adalah satu kelebihan)

2. KERANI AKAUN – 1 Kekosongan

Kelayakan:
  1. Memiliki sekurang-kurangnya Sijil/Diploma di dalam bidang Perakaunan / Simpan-Kira / Kewangan / Perbankan ataupun Perniagaan,
  2. Minimum 3 tahun pengalaman di dalam penyediaan laporan kewangan bulanan / tahunan, penyediaan penyata kewangan, belanjawan, pengiraan cukai dan laporan, memantau laporan stok barangan, penyediaan bayaran dan perkara-perkara yang berkaitan,
  3. Berpengalaman di dalam mengurus hal-hal pembayaran berkala seperti percukaian, insuran, KWSP, Perkeso sama ada dengan pihak berkuasa tempatan ataupun pihak bank/ejen,
  4. Mahir menggunakan computer untuk penyediaan laporan dan surat-menyurat,
  5. Boleh berkomunikasi dengan yakin dan bekerjasama dengan semua pihak di BSBCC, sama ada di dalam atau di luar pusat,
  6. Mampu bekerja berdikari dan bekerjasama dalam pasukan, termasuk pada hujung minggu dan di luar masa bekerja bila di kehendaki,
  7. Mempunyai lesen memandu yang sah bagi kelas B dan D, dan
  8. Melakukan apa-apa kerja yang di kehendaki pada bila-bila masa di perlukan.
Kepada yang berminat, sila hantarkan maklumat peribadi, kelayakan akademik, pengalaman kerja, gaji sekarang dan gaji di pohon beserta gambar terkini ke emelinfo.bsbcc@gmail.com sebelum 10hb  Februari 2015.

HANYA CALON YANG DI SENARAI-PENDEK SAHAJA AKAN DI PANGGIL UNTUK TEMUDUGA.

No comments: